Ultra Rice Beras tiruan

Ultra Rice ialah produk bijian yang dibuat untuk menyerupai beras dan diwaja dengan vitamin dan nutrien. Program untuk Teknologi Sesuai dalam Kesihatan (PATH) membangunkan Ultra Rice sebagai penokok makanan untuk digunakan di negara-negara yang rakyatnya tidak mempunyai capaian mudah kepada makanan yang memenuhi keperluan nutrisi untuk kesihatan yang baik.

Pembuatan

Ultra Rice telah dibangunkan oleh Dr. James P. Cox dan isterinya Jeanne Cox selama 20 tahun, bermula pada 1960-an semasa menetap di Kanada.

Gagasan Dr. James dan Jeanne adalah untuk memanfaatkan sisa bijian beras yang pecah dan menghasilkan produk beras segera yang dipertingkatkan nutrisinya untuk melawan kelaparan sedunia. Kriteria pertama untuk memberi makan kepada orang ramai ialah mencipta makanan berkhasiat yang boleh dikenalpasti oleh orang pribumi. Kedua, makanan teersebut haruslah mudah disediakan, walaupun dalam kaedah paling kasar pada pembakar tahi, dalam masa kurang daripada lima minit, sambil mengekalkan keutuhannya sebagai makanan yang diiktiraf. Beras tersebut harus diwaja dengan protein dan mengandungi vitamin A dan D.

Proses yang dibangunkan oleh Dr. James dan Jeanne adalah lebih mahal untuk dilaksanakan daripada nilai pasaran produk dan akhirnya mereka mengalihkan paten mereka untuk proses tersebut kepada PATH.[6]

Ultra Rice julung kali diedar secara umum pada tahun 2005.[7]

Bijiannya menyerupai bijian padi giling dalam saiz, bentuk, dan warna, tetapi sebenarnya ia diperbuat daripada tepung beras, nutrien tambahan, dan bahan-bahan yang mengawetkan nutrien.

Kegunaan

Kebanyakan produk Ultra Rice direka untuk diaduk dengan beras putih dalam nisbah 1:100 dan bertujuan untuk semirip mungkin dengan nasi dalam bau, rasa, dan tekstur.

Ia pada asalnya digunakan di Brazil, Kolombia, dan India, tetapi melalui perkongsian dengan Wawasan Sedunia, produk tersebut dijadualkan untuk digunakan di banyak negara membangun yang menerima bantuan.

Penyelidikan

Penyelidik menilai kestabilan vitamin Ultra Rice semasa beras disimpan; askorbat, lemak tepu, dan antioksidan didapati mengekalkan vitamin A secara utuh semasa penyimpanan dalam kelembapan yang tinggi.[8] Satu lagi kajian mendapati bahawa kehilangan vitamin A akan menstabil selepas enam bulan dan kehilangan vitamin A semasa memasak boleh diramalkan.[9]

Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan rabun malam; kajian pada tahun 2005 menunjukkan bahawa 348 wanita Nepal hamil yang makan Ultra Rice mengalami peningkatan dalam penglihatan malam yang tidak jauh berbeza dengan peningkatan yang boleh datang dari vitamin A seperti hati, lobak merah, kapsul, atau sayur-sayuran hijau.[10]

Pirofosfat ferik dalam Ultra Rice telah ditunjukkan dalam kajian yang melibatkan 180 wanita yang menyusukan bayi tidak hamil di Mexico untuk mengurangkan kadar anemia kekurangan zat besi dalam populasi kajian sebanyak 80% dan kekurangan zat besi sebanyak 29%.[11]

Panel rasawan telah menunjukkan bahawa kebanyakan orang tidak dapat membezakan antara beras biasa dan Ultra Rice mengikut rasa, dan pelbagai laporan lain telah menunjukkan bahawa tiada perbezaan ketara secara perangkaan bagi keutamaan rasa antara Ultra Rice dan beras biasa. Dalam kajian ke atas 134 kanak-kanak berumur 8-11 tahun yang mengambil bahagian dalam Skim Makanan Tengahari India,[12] 37 menilai perbezaan antara sampel dan 43 subjek menilai kebolehterimaan beras waja.

Pekongsi

Selepas PATH membangunkan Ultra Rice, banyak lembaga lain mula mengambil bahagian dalam pembuatan, pengedaran, dan pengesanan keberkesanannya.

Beras Ultra biasanya dikeluarkan di dalam negara yang menggunakannya. 

Jabatan Bioteknologi (India), Kementerian Pertanian (Brazil), Universiti Persekutuan Visoza (Brazil), dan Universiti Toronto (Kanada) menyumbang kepada penyelidikan dan pembangunan rancangan Ultra Rice.[13]

Di India Yayasan Akshaya Patra dan Yayasan Naandi melaksanakan Projek Ultra Rice. Di tempat lain, Perikatan Sejagat untuk Pemakanan Diperbaik, Wawasan Sedunia dan Program Makanan Sedunia mencipta program pelaksanaan.

Projek Ultra Rice dibiayai oleh Yayasan Bill & Melinda Gates, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, dan Institut Makanan dan Pertanian Negara.

Gerakbalas

Pada tahun 2009, Muzium Teknologi Pembaharuan mengiktiraf PATH untuk Ultra Rice dengan anugerah sebagai pengiktirafan terhadap penggunaan teknologinya untuk menyelesaikan masalah utama dunia.[14]